Negara kita digemparkan dengan kewujudan individu yang gemarkan seks dengan kanak-kanak. Lebih mengejutkan apabila individu terbabit adalah rakyat Malaysia sendiri....
Terbaharu, Dr Shukri Abdullah memberi saranan khas kepada ibu bapa di luar sana agar berhati-hati dalam berkongsi gambar anak mereka di laman sosial....
Baca perkongsian beliau di bawah:
LETAK GAMBAR ANAK SEBAGAI GAMBAR PROFIAL FB ANDA : FIKIR 19 KALI !!!!
Info berikut diperolehi dari seorang rakan dalam group whatsapp rakan-rakan seasrama sekolah saya dulu. Dia dapat dari wall FB Shanker Sundaram. Penting sangat kita pakat share:-
Seorang lelaki hantar permohonan untuk jadi kawan FB anda. Anda tidak mengenalinya tetapi nampak macam orang baik, jadi anda terima permohonannya....
Anak kecil anda, perempuan, ke sekolah hari itu.Hari pertamanya. Dia nampak begitu ayu dalam berpakaian seragam sekolah. Anda pun ambil beberapa gambar dan masuk dalam FB untuk tatapan rakan dan keluarga. Anda teruja sekali menghantarnya ke sekolah. Ya, ibu dan bapa yang begitu bangga. Semuanya dibutirkan dalam FB – nama anak, nama sekolah dsb....
Sementara itu rakan misteri yang anda terima sebagai kawan FB anda menyimpan gambar anak anda itu dalam telefon bimbitnya....
Dia kemudian hantar info kepada 60 lelaki dewasa lain seluruh dunia dengan tulisan:-
Budak perempuan: Umur 7 thn
Rambut Hitam, Mata Hitam...
Comel, $70,000..
Anda bukan sahaja memberikan gambar anak kesayangan anda kepada penjual kanak-kanak (child trafficker), malah anda memudahkan kerjanya dengan memberikan nama, alamat, nama sekolah, malah sesi pagi atau petang dan lain-lain info yang memudahkan kerja jahatnya....
Kemudian satu petang anda pergi ke sekolah untuk mengambil anak dari sekolah Dia tidak kelihatan di mana-mana. Langsung anda tidak mengesyaki anak anda yang comel, ayu dan disayangi keluarga itu sedang dalam perjalanan untuk dijual kepada seorang lelaki berusia 43 tahun (pedophile – suka seks dengan kanak2) di Afrika Selatan. Dia kini pening, hairan, takut, mengangis kerana tidak faham kenapa lelaki lain yang membawanya ke satu destinasi yang tidak diketahui....
HENTIKAN TERIMA DENGAN MUDAH ORANG YANG TIDAK DIKENALI SEBAGAI RAKAN FB....
HENTIKAN LETAK INFO ANAK2 ANDA DALAM FB....
HENTIKAN BERIKAN TERLALU BANYAK INFO YANG ORANG LAIN TIDAK PERLU TAHU DALAM PROFAIL FB ANDA....
Tolong pakat SHARE posting ini demi anak kecil tersayang serta keharmonian keluarga kita semua....
(Posting pertama dlm BI dibuat smlm. Oleh kerana isu ini terlalu penting saya terjemah dgn sedikit pengubahsuaian)
sumber:figura malaya
0 comments:
Post a Comment